Wednesday, 12 October 2016

DUB 2012 & NILAI MASYARAKAT

E-FOLIO

NAMA PELAJAR: BAWANI SUGUMARAN 15DPM15F2036

                           DINESHWARY RAVI 15DPM15F2031

                                                 MOHGANANTHY NADARAJAH 15DPM15F2044

                                           RAVITHERA GANESWARAN 15DPM15F2040

                                       SHALINI SUBRAMANIAM 15DPM15F2039


KONSEP PATRIOTISME

Pengenalan

Patriotisme berasal dari kata Patriot, yang artinya adalah: pecinta dan pembela tanah air. Sedangkan Patriotisme maksudnya adalah semangat cinta tanah air. Pengertian Patriotisme adalah sikap untuk selalu mencintai atau membela tanah air, seorang pejuang sejati, pejuang bangsa yang mempunyai semangat, sikap dan perilaku cinta tanah air, dimana ia sudi mengorbankan segala- galanya bahkan jiwa sekalipun demi kemajuan, kejayaan dan kemakmuran tanah air. Untuk memahami arti patriotisme. 



Punca-Punca meluntur semangat patriotism

Punca-Punca Luntur Semangat Patriotisme  mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan negara dan masyarakat.Oleh itu,Berusaha agar kepentingan diri mereka didahulukan. Contoh: Berhijrah ke luar negara untuk melarikan diri dari kegawatan ekonomi dan sebagainya. Era Globalisasi dan Liberalisme Kemasukan budaya asing dengan mudah. Masyarakat terpengaruh dengan budaya negatif , ekonomi negara dikuasai sayarikat multinasional, sektor pelaburan dimonopoli negara maju. Kedaulatan negara tergugat, masyarakat akan terikut dengan budaya asing dan semangat cinta akan negara terkubur, Sikap Prasangka Masyarakat bertindak mengangka dahulu berdasarkan steriotaip tanpa bukti yang kukuh. Sangkaan biasanya sangkaan buruk. Contoh: Sesetengah masyarakat bukan bumiputera menganggap diri mereka sebagai pendatang sahaja. Menjadi sukar untuk menyemai semangat patriotisme dalam diri masyarakat tersebut. Sentimen Perkauman Masyarakat mementingkan kumpulan etnik sendiri dari segi politik, ekonomi dan sosial. Perjuangan kepentingan kaum dari kepentingan negara. Unsur keturunan dan agama boleh mempengaruhi idealisme masyarakat. Masyarakat menjaga survival diri dan kelompoknya sahaja. Hidup Malaysia!

LangkahLangkah meingkatkan semangat patriotism

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.  Antranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya.  Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak –anak.  Ibu bapa harus sentiasamenanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mestimenjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak.  Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan  hari kemerdekaan negara.  Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya.  Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil.

Kesimpulan



Kesimpulannya, semangat patriotisme sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Modal insan yang patriotik dapat dicapai apabila kita sentiasa bertindak wajar dan sentisas amanah serta jujur dalam melakukkan sesuatu permainan. Sebagai pemimpin pula seharusnya sentiasa menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda yang merupakan pewaris Negara. Mereka perlu berusaha dan produktif serta tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran.Semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran. 










1 comment:

  1. Harrah's Casino Las Vegas - Mapyro
    Harrah's Casino Las 광명 출장마사지 Vegas 제주 출장샵 location map and Harrah's website with latitude and longitude, 24.8 서귀포 출장마사지 million. Harrah's 논산 출장안마 Hotel and Casino Las Vegas is 사천 출장안마 a hotel and casino in

    ReplyDelete